LIVERPOOL, (D5) - Juara Eropah lima kali, Liverpool tersingkir dari saingan Liga Europa selepas seri tanpa jaringan menentang Braga sekaligus tewas dengan agregat 1-0.
Liverpool yang turun tanpa kapten, Steven Gerrard (cedera) ternyata tidak bermaya meskipun penyerang baru, Andy Carroll beraksi sepenuh masa.
Peluang terbaik Liverpool untuk mencipta jaringan hadir pada minit ke-58 menerusi percubaan Joe Cole.
Penyerang baru, Carroll gagal mencuri tumpuan setelah tidak banyak mencipta peluang.
Braga layak ke suku akhir selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama yang lalu.
Dalam perlawanan lain, pasukan bimbingan Roberto Mancini, Manchester City juga gagal melepasi halangan pusingan 16 pasukan.
Meskipun menang 1-0 lawan Dynamo Kiev hasil jaringan Kolarov, City gagal ke suku akhir kerana tewas kepada agregat 2-1.
Pemain bermasalah, Mario Balotelli dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama kerana mengasari Goran Popov menjadi punca kegagalan City untuk mengatasi Kiev.
Perlawanan-perlawanan lain menyaksikan PSG seri 1-1 dengan Benfica yang menyaksikan Benfica layak dengan agregat 3-2.
Di Rusia, Zenit menang 2-0 menentang FC Twente tetapi gagal mara kerana agregat 2-3 berpihak kepada Twente.
Spartak Moscow pula cemerlang menewaskan Ajax 3-0 di tempat sendiri sekaligus layak dengan agregat4-0.
FC Porto juga cemerlang menewaskan CSKA Moscow di tempat sendiri dengan 2-1 (agregat 3-1).
Rangers gagal mengambil peluang beraksi di halaman sendiri apabila tewas 0-1 kepada PSV.
Di Sepanyol, Villarreal mantap dengan aksi di tempat sendiri dengan kemenangan 2-1 menentangLeverkusen sekaligus layak dengan agregat 5-3.
0 Response for the "Liverpool,man city kecundang"
Post a Comment