Salam 1 Malaysia Salam Perak Aman Jaya
Di sini admin ingin menulis memperkatakan sesuatu tentang senario bolasepak negara. Kebelakangan ini, pola peningkatan bolasepak negara menunjukan implikasi positif gara-gara kejayaan negara menjuarai kejohanan serantau tiga tahun berturut-turut.
Bermula dengan Sukan SEA 2009, Piala AFF 2010 dan terbaru Sukan SEA 2011 di Indonesia. Semuanya berakhir dengan kejuaraan di tangan negara. Generasi pemain muda ini ternyata paling berkualiti yang pernah negara miliki sejak dua dekad yang lalu.
Emas terbaru diraih di bumi garuda.
Bahkan tanpa segan silu, admin berani mengakui, generasi pemain ini mungkin yang terbaik dikalangan generasi yang lalu. Bukan niat untuk menidakkan kehebatan para lagenda bolasepak tanah air, tetapi sekadar ingin mengiktiraf kehebatan generasi baru yang dibentuk dengan rapi dan diberi pendedahan awal sejak remaja.
Kata-kata mengenai pemain dahulu lebih handal berbanding sekarang kurang admin setujui. Pada admin, rata-rata pemain sama sahaja. Mungkin generasi kini lebih handal. Perlu diingat, zaman dulu sekitar 60an hingga hujung 80an, tidak banyak negara yang bertanding dalam bolasepak berbanding zaman ini. Malah negara no. 1 bolasepak Asia, Jepun juga tidak begitu fokus dalam sukan bolasepak ini sebaliknya rakyat mereka lebih fokus pada sukan besbol.
Liga Besbol Jepun.
Bolasepak telah bertapak lama di negara kita, mungkin antara negara di dunia yang lebih awal mempelopori bolasepak. Di bawa oleh British sewaktu zaman penjajahan sekitar 20an, yang mewujudkan Piala Malaysia, antara kejohanan bolasepak paling tua di Asia. Mungkin, yang paling tua di Asia dan mungkin antara 20 kejohanan tertua di dunia selepas FA Cup England (1871), Scottish Cup (1874), Copa Del Rey (1902) dan lain-lain, . Tapi tiada catatan rasmi dan sahih yang dapat mengesahkan dakwaan admin ini. Ini kerana catatan di wikipedia turut menyenaraikan kejohanan sekolah dalam senarai kejohanan bolasepak tertua dunia.
Piala yang tidak diiktiraf FIFA @ AFC tapi paling berprestij di Malaysia.
Biarpun lama bertapak di Malaysia, namun arena bolasepak negara masih di tahap lama. Yakni kualiti semi-pro. Hanya pemain sahaja yang tarafnya Professional kerana mereka dibayar gaji saban bulan untuk bermain. Walaupun tidak bertaraf dunia atau Asia lagi, namun takkan nak salahkan mereka kalau mereka tidak diberikan latihan bertaraf dunia/ Asia. Mahupun diberikan kemudahan fasiliti dan prasarana latihan yang bertaraf dunia. Dilatih dan diasuh oleh pakar-pakar seperti pakar motivasi dan kaunseling, pakar pemakanan, pakar perubatan dan lain-lain pakar yang sememangnya diperlukan dalam bolasepak moden. Tapi, sekurang-kurangnya, selebriti bolasepak ala-ala zaman Mokhtar Dahari mula wujud seperti Khairul Fahmi dan Safee Sali.
Fahmi dipeluk gadis tanpa nama untuk cover majalah mak datin baru-baru ni.
Pengurusan pula masih lagi di takuk semi-pro. Biarpun dibayar saban bulan, hanya segelintir sahaja yang memiliki kelayakan secara akademik mahupun pengalaman yang relavan untuk memimpin pengurusan bolasepak secara professional. Yang lain, maaf admin katakan, seakan buat untung dalam bola. Duit diambil, tapi tiada usaha untuk membangunkan bolasepak secara akar umbi mahupun menguruskan pasukan secara berhemah.
Hampir 20 tahun bolasepak negara diiktiraf menjadi liga Pro tapi hampir 2 dekad juga pengurusan tidak ambil peduli dalam mengaji insan-insan yang benar-benar layak dalam jawatan penting seperti pegawai pemasaran, pegawai operasi dan beberapa jawatan yang perlu untuk menguruskan sesebuah organisasi pasukan dengan lebih efektif. Kalau tak, masakan selalu ada isu gaji tertunggak, KWSP tidak dicarum dan macam-macam lagilah.
Inilah logo KWSP kalau ada di kalangan Pegawai kelab @ negeri tak tahu.
Peminat pula, tak habis-habis dengan isu FAM itu, FAM ini. Hampir semua aspek negatif disalurkan ke FAM. Tapi berapa ramai peminat yang benar-benar menyokong pasukan? Admin lihat masih ramai yang bawa mercun, bunga api dan flare ke dalam stadium. Masih ramai yang memprovokasi peminat lawan jika pasukan menang. Masih lagi yang berfikiran negatif dalam setiap aspek. Dari isu sekecil-kecilnya sampai sebesar-besarnya.
Ingat lagi pada Jazimin. Buta mata gara-gara mercun yang dilemparkan penyokong yang tidak fikir keselamatan orang lain.
Isu tiket, jersi banyak penajaan, isu penswastaan liga dan sebagainya. Semua dipandang negatif. Tapi selalu nak kelab/ FA wakil Malaysia layak bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia. Kalau kalah baik pasukan negara mahupun kelab/ negeri, maka sunyi sepilah stadium. Tapi selalu marah bila dibangkitkan isu peminat tak setia. Siapa makan cili, dia rasa pedasnya. Kan..
Inilah cili tau.
Umumnya, kita sedang menuju kearah pembangunan bolasepak untuk negara kita. Kita dalam peralihan untuk menjadi kuasa bolasepak Asia pula. Asean telah ditawan, 3 kali berturut-turut. Jadi semua pihak kena mainkan peranan. Bermula dari pengurusan sampailah ke peminat. Semua kena sama-sama ganding bahu untuk menjayakan agenda ini.
Bolasepak Malaysia zaman dulu.
Yang selalu bolasepak negara terumbang ambing ialah apabila hanya ada pemimpin bolasepak yang hanya ada pelan jangka masa pendek bukan pelan jangka masa panjang. Itu belum dikira campur tangan politik dalam pengurusan lagi.
Sebab itu liga mahupun pasukan harus diswastakan. Asingkan liga dari FAM. Biar FAM uruskan hal-hal berkaitan pasukan kebangsaan dan peraturan liga sahaja. Lihat FA England yang nyata menswastakan kesemua liga mereka dari setinggi-tinggi BPL sampai ke Npower league 2. Semuanya diswastakan. FA mereka pula seakan badan yang memantau penguatkuasaan peraturan liga dari aspek disiplin dan peraturan permainan.
Kroni-kroni bolasepak England.
Bila perkara seperti ini dijalankan, secara tak langsung FAM akan jauh dari kontroversi seperti bias, menindas dan sebagainya. Peminat juga jangan pandang negatif jika liga diswastakan. Penswastaan liga bermakna peningkatan produktiviti. Tiada lagi isu harga tiket turun naik mendadak sampai membebankan peminat yang hendak ke stadium kerana harga tiket akan diselaraskan ke tahap mampu beli. Ini kerana pasukan tidak lagi bergantung kepada kutipan pintu semata-mata sebagai pendapatan pasukan sebaliknya mereka telah menjana cukup penajaan untuk memastikan pasukan mampu menjalankan operasi secara efektif dan tiada hutang. Peminat juga mampu beli saham dalam pasukan jika pasukan diswastakan malah jika cukup nisbahnya, mereka mampu membuat keputusan untuk pasukan mereka.
Dato Hamidin yang selalu dibabitkan peminat bolasepak dengan kontroversi. Kesian Dato.
Tapi untuk mencapai agenda ini, pasukan haruslah mengaji insan-insan berkaliber dalam bidang pengurusan. Bukan hanya cari kroni tapi tiada kualiti. Sampai bila kita nak maju kalau pemimpin dan pengurusan masih hidup di tahun 70an.
Bagi yang gentar, jika liga di swastakan maka musnahlah bolasepak negara. Ternyata tidak benar. Bolasepak adalah sukan no1 dunia. Jadi akan selalu wujud perasaan ingin melabur di kalangan syarikat-syarikat gergasi. Tapi, cara pengurusan mencari penaja dan menjanjikan pulangan kepada mereka sangat penting. Duit penajaan akan selalu masuk tapi hendaklah dicari. Takkan mahu disuap tapi tidak mahu membuka mulut.
Panjang lebar bercakap, jadi sampai masa mengundur. Kemukan pendapat anda. Negatif mahupun positif. Sama-sama kita dengarkan.
----Presiden FAM sila letak Jawatan !!!!----- FUCK FAM ------- Naikkan Mutu Bolasepak Malaysia ------ FUCK Rasuah --------
Blogger Templates
Categories:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Powered by Blogger.
Blog Archive
-
▼
2012
(77)
-
▼
April
(28)
- Italy Away Replica EURO 2012 - Puma Football Shirt
- Umbro - England Home Shirt EURO 2012
- Kepada Peminat, Pemain dan Pengurusan
- Chronicle (2012)
- Spain Away Jersey EURO 2012
- Spain Euro 2012 Home Shirt
- Germany Away Jersey Euro 2012
- Car Infographics: NASCAR 101
- WIN FA Cup Final Tickets - Chelsea vs Liverpool
- The Avengers (2012)
- The FA Cup 2012 Final (Chelsea vs Liverpool)
- FAM PRESIDENT PLEASE STEP DOWN
- History UEFA EURO (PART II)
- History UEFA EURO (PART I)
- Nike Launch New Euro 2012 Home Team Kits
- Manchester City vs Tiger of Malaya
- Champions League Final Venue - Allianz Arena
- Torres and Neville Heroes in Barcelona
- Lockout (2012)
- SeeFood (2011)
- MAN v FOOD (MALAYSIA)
- The Vow (2012)
- Underworld 4: Awakening (2012)
- Men in Black: The Dark Watchers (2012)
- Mission Impossible 4: Ghost Protocol (2011)
- Contraband (2012)
- Jidin Sengal (2012)
- 3 Temujanji (2012)
-
▼
April
(28)
Popular Posts
-
Tearing up the track circuits in the region is this tasty OHLINS-themed Evo X. Definitely eye-catching, there's even a matching helm...
-
Exterior and Interior 98.2012 Porsche 928 GT Coupe Logically, this successor of the 928 will be technically based on the Panamer...
-
What's up insiders? One of our recent previews was for our exciting new Wood Compet.ition Series board with foam grip and extra...
-
EURO 1984 (FRANCE) Few major tournament wins have captured the imagination like France's 1984 UEFA European Championship success on h...
-
Hikayat Merong Mahawangsa (2011) (Malay) HDTV RMVB | 344 MB iMDB: http://www.imdb.com/title/tt1784670/ Plot: The Malay Chronicles:...
-
3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy (2011) (HK) HDRiP MKV | 490 MB iMDB: http://www.imdb.com/title/tt1365048/ Plot: As a conceited sc...
-
NYON, Switzerland (AFP) – English giants Manchester United and Chelsea are set to clash in the Champions League quarter-finals after being d...
-
The almighty Nike CR series is back for another spell in the spotlight. This week marks the launch of Cristiano Ronaldo's latest Mercur...
-
Manchester City striker Carlos Tevez has declared that he wants to leave the club this summer due to family reasons. The Argentina int...
-
The Evo-loving world was in shambles after Mitsubishi Global Product Director, Gayu Eusegi, announced that the company would be kil...
FOLLOW US @ INSTAGRAM
Fir5494
Like us on Facebook
ABOUT AUTHOR
Popular Posts
Coming soon
You can change every text shown here. to download go to Blogger Panda and subscribe us its free :)
Follow the panda to read some bull$#it .
Site
in
construction
0 Response for the "Kepada Peminat, Pemain dan Pengurusan"
Post a Comment