Tarif baru elektrik
4.4 juta pengguna domestik tak terlibat semakan kadar tenaga !
Tarif elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri dinaikkan pada kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj kepada 33.54 sen/kwj berkuatkuasa esok.
Itulah antara kandungan berita yang tersiar dalam beberapa akhbar perdana pada hari ini.
Nampaknya, bertambah peritlah kehidupan masyarakat Miskin selepas ini kerana sebelum ini harga beberapa jenis barang telah naik, seperti gula, minyak Ron97, minyak Ron 95, tarif air pun pernah naik sebelum ini, dan sekarang tarif elektrik pula. Pada dasarnya, dikatakan sebanyak 4.4 juta penduduk tidak terlibat, memanglah mereka di pedalaman yang tidak mempunyai banyak kemudahan yang hanya menggunakan elektrik antara RM7.00 - RM 25.00 sebulan, tentulah mereka tidak terlibat, tetapi bagaimana dengan baki penduduk yang lain? Kalau tak silap saya, negara kita kini mempunyai penduduk mencecah 27 juta orang.
Kalau ikut kenyataan yang disiarkan dalam suratkhabar, rakyat disarankan supaya berjimat cermat dalam menggunakan elektrik, misalnya jangan gunakan penghawa dingin sekiranya tak perlu. Dalam keadaan cuaca yang teramat panas sekarang, mahu tidak mahu majoriti penduduk negara ini terpaksa menggunakan penghawa dingin, terutama mereka yang mempunyai anak kecil. Adakah kerajaan nak suruh kita berundur ke belakang dengan segala benda diminta berjimat. Pernah suatu ketika, orang ramai komplen pasal makanan yang dijual di R&R mahal, maka kerajaan menyarankan supaya rakyat membawa makanan yang dimasak sendiri apabila keluar makan angin, kalau makanan segera mahal, kita disarankan supaya tidak membelinya, kata mereka kalau tak mampu, jangan beli !
Tetapi yang sering kedengaran ialah setiap kali harga barang naik, maka adalah perbandingan yang dilakukan dengan negara-negara jiran dan negara luar, kononnya harga barang kita masih murah/rendah berbanding dengan negara-negara lain. Ya. ya, ya, betul tu ...... memang betul, tetapi jangan lupa ya tuan-tuan dan puan-puan, pak-pak menteri dan mereka yang membuat dasar ini, gaji yang diterima dan dibayar kepada rakyat di negara ini adalah rendah berbanding dengan negara luar. Tak perlu pergi jauh, bandingkan sahaja dengan negara Singapura dan Brunei, kenapa gaji rakyat kita begitu rendah sedangkan negara kita adalah antara sebuah negara pengeluar minyak di dunia ? Kenapa itu tidak diambil kira ????
Satu lagi ialah janji kerajaan, katanya akan mengawal supaya peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang. Boleh percayakah ? Maaflah ya, kalau masalah vcd, cd dan barang2 cetak rompakpun tak boleh nak kawal, pendatang asing bertambah ramai di setiap pelusuk negara, kes simbah asid yang meresahkan penduduk kota pun tak boleh diatasi, inikan pula nak kawal kenaikan harga barang oleh peniaga di seluruh negara. Memang kelakarlah ...... mereka ini memang ada bakat untuk menyertai pertandingan Raja Lawak musim akan datang ...
Pokok pangkalnya, susah payah, pahit maung akibat kenaikan harga barang hanya dirasai oleh golongan Miskin macam saya ini saja, pak-pak menteri, ahli korporat, YB, YAB, Dato'2 dan Tan Sri tak kan rasa apa2 kerana gaji mereka berapa ? berapa kerap mereka pijak kaki ke pasar membeli barang dapur dan keperluan harian ? Inilah yang dikatakan 'orang yang kaya bertambah kaya dan senang, orang yang miskin semakin miskin dan melarat '
Jangan Lah kita undi BN(Barang Naik)
0 Response for the "Apa? Lepas ni harga barang naik lagi......."
Post a Comment